Thursday 17 May 2012

Memanfaatkan Teknologi dan Inovasi dalam Bidang Pendidikan



Anda pasti tertanya-tanya dan di dalam hati anda telah pun timbul seribu satu persoalan, adakah si penulis salah menulis tajuk? Sebenarnya sengaja saya menulis tajuknya begitu agar anda berfikir sejenak adakah betul tindakan yang dilakukan oleh pelajar di atas ini. Tidak perlu dinyatakan pelajar ini dari sekolah mana kerana kita mempunyai isu pokok yang lebih besar serta menarik untuk dikupas iaitu "Menyalahgunakan Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan" atau dalam bahasa mudah nya meniru.


Apakah Malaysia terkecuali dari perkara di atas? Sebagai sebuah negara yang membangun, kita juga tidak terkecuali daripada masalah ini. Sedangkan negara maju juga mengalami masalah yang sama, inikan pula Malaysia. Telah banyak langkah yang diambil oleh negara-negara maju untuk menangani masalah ini daripada berlarutan. Bak kata pepatah, mecegah itu lebih baik  daripada merawat.

Antara contoh terbaik adalah di Negara China itu sendiri. Mereka menggunakan pendekatan dengan memasang satu peranti yang dapat menggangu sebarang isyarat daripada masuk ke dalam dewan. Malah, mereka juga turut mendapatkan khidmat daripada jabatan polis untuk mengesan sebarang isyarat yang mencurigakan. Dengan itu, pelajar akan menjadi gentar untuk melakukan sebarang penipuan.

Apakah ledakan teknologi dan inovasi itu yang harus dipersalahkan? Jawapannya, tentulah tidak sama sekali. Jika kita perhatikan dari sudut yang positif, teknologi dan inovasi telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara kita, lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan. Tidak kira sama ada dari pihak pengajar mahupun pelajar, masing-masing mendapat manfaat darinya. Saya ingin membawa satu contoh klasik, dimana pen marker menggantikan kapur,papan putih menggantikan papan hijau dan sebagainya. Inilah yang dinamakan teknologi dan inovasi. Tanpanya, segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lambat malah tidak mustahil untuk tergendala.

Jadi, bagaimana pula teknologi dan inovasi boleh dimanipulasi dalam bidang pendidikan? Jawapan kepada persoalan ini telah pun dijawab di atas. Terdapat sebahagian pelajar memanipulasi kecanggihan teknologi serta inovasi dalam membantu mereka mendapatkan markah yang tinggi dalam keputusan peperiksaan mereka. Bukannya disebabkan ketiadaan langkah diambil untuk mencegah perbuatan ini, tetapi para pelajar itu sendiri menjadi semakin kreatif dalam memikirkan caranya untuk mereka meniru di dalam dewan peperiksaan.



Jika dahulu, kita pasti kerap menemui taktik seperti menulis nota penting di atas tangan, bahagian dalam lengan baju, telekung, sapu tangan, kertas tisu malah mana-mana bahagian badan yang dianggap tidak akan diketahui dan ada juga yang cuba menyelit nota pada pakaian (tali leher) atau alat tulis yang dibawa. 

Tetapi tidak lagi sekarang kerana mereka hanya perlu membawa telefon bimbit memandangkan telefon bimbit masakini telah mengalami evolusi yang drastik dari segi fungsinya. Malah,jika pelajar itu kaya sedikit, mereka akan menggunakan satu peranti kecil yang membolehkan  mereka berkomunikasi dengan pihak luar bagi membantu mereka menyelesaikan soalan yang ditanya. Ingin dipersalahkan pihak sekolah 100% juga tidak boleh, apatah lagi pihak kerajaan.

Jadi, bagaimana anda menangani masalah ini?